Sepatu Vintage

Hello Februari! Time flies cepat jer kan. Pejam celik, dah bulan dua. Amacam, kepada rakan-rakan yang berbangsa Cina, dah habis shopping untuk Tahun Baru Cina tak? Rugilah tahun ni saya tak dapat nak pungut angpau coz plan nak gi Kuantan hari ini, dah beli tiket pergi balik dah pun, last2 terpaksa cancel. Kenapa? Sebab aku tersangatlah fobia dengan ciri pemanduan para pemandu bas tatkala musim-musim perayaan macam ni. Kepada yang memandu, ingat pesan lama, "pandu cermat, jiwa selamat. biar lambat, asalkan selamat."

Orait, saya tak pastilah dengan pendapat korang, tapi bila nak beli suatu kasut ke, baju ke, seluar ke, kalau boleh saya mesti nak beli yang kiranya limited edition lah. Yelah, dah pernah ada insiden, time syok2 jalan kat mall, tetibe pula berselisih dengan stranger yang pakai baju sama. Dah konpemla termalu seketika kan. Adeh! So, demi mengelakkan insiden tersebut berulang, saya mengambil pendekatan macam ni tau, time datang beli tuh, carila barang yang stok tinggal satu jer lagi. Tapi risikonya, sama ada barang tuh memang popular dan da dibeli ramai, atau, memang limited edition. Kalo rajin, tanyala promoter2 yang dok berdiri kat sana. Hehe.

Minggu lalu, saya kluar ngan besfren pegi Wangsa Walk tau. Beria sangat dia nak ke situ katanya nak cari kasut. So, saya pun ikut jerla. Rupa-rupanya bila tanya balik kawan dia, kedai tu kat Sri Rampai. Punyala lama kitorang cari pusing sana pusing sini, sampai saya tertidur-tidur, barulah sampai ke kedai ini :


Susah giler nak mencari ceruk kedai ni. Tapi, berbaloi tau datang sini. Kasut, baju, seluar yang dorang jual hampir semua sampel dan belum dijual kat market. Belek punya belek, besfren saya akhirnya berkenan kat satu kasut ni. So, da sampai sini, saya pun tak naklah lepas peluang nak 'risik-risik' kasut manatau nak beli one day. Tuah badan sapa yang tau, besfren saya tiba-tiba ntah apa angin dia, dia suruh saya pilih mana satu yang saya suka. Dia cakap nak hadiahkan kat saya. Segan juga, tapi dia yang sungguh-sungguh nak bagi. Maka, saya pun apalagi, melompat riang ria dalam hati. Tak sangka pula dapat hadiah, a gift for a new job katanya.  Sepasang kasut yang berangka tiga harganya. Pilihan saya, brown, high-cut dan vintage! Tengoklah sendiri :


Tadaaa! Kasut brand Energie. Actually ada warna lain gak. Tapi nak kelainan sket. Soooo, coklat!!! :)

Seriously, kepada anda yang berada di KL, lapang-lapangkanlah untuk menjenguk kat kedai tu. Nama dia 360ACTIVE. Dah berkenan, angkat jer! :)

2 comments:

..hizamirahim.. said...

wow.
siriyes lawo gile kasut tu!
XD

Georgie Joseph said...

hihi.kan?!gilah try ronda kat kedai tu.ada kaler lain n definitely design laen.huhu