Jangan Jadi Bodoh Sombong

Dengar title pun, telinga da hot berapi...Panas! Saya kembali selepas bersantai manja di desa. Padahal, sekarang pun bersantai macam orang tak guna. Kadang-kadang saya ada juga menyamakan diri saya ini macam peminta sedekah. Tapi, saya fikir dalam-dalam, saya cungkil balik keyakinan dan munasabah diri. Saya cuma jobless, tak bermakna saya useless. Lagipun, nak tunggu masuk jer dah pon. Tahan hati jer.... XD

Ok, nak kongsi sikit pendapat tentang manusia kategori bodoh sombong ni. Eh eh, ni tak sama dengan kes ego tau. Ader gaklah sikit2. Bodoh sombong ni lagi teruk dan dahsyat! Pernah jumpa dah manusia2 yang pembawa penyakit duniawi ni. Reaksi? MELUAT!!!

Contoh orang jenis ini ialah tak nak mengaku salah. Nak dia jer yang betul. Pastu buat2 pandai! Padahal, bila da buat, habuk pun takdak! Main tuding kesalahan pulak kat orang. Bikin seolah-olah orang tu baru buat dosa malah amat bodoh. Bila da kantoi salah, buat2 cover mengalahkan pelakon terbaik Oscar pulak. Laju jer nak tukar topik dan mula memuji-muji hasil kerja yang kononnya superb melampau tu! Kritikan? Tak sampai pun kat gegendang telinga manusia jenis ini.

Kritikan tu sebahagian besar dari proses pembelajaran, kematangan dan munasabah kita sebagai manusia. Unless, ada yang feeling2 alien tuh, shuhhh, pegi main jauh2! Jadi, terimalah kritikan tu dengan hati terbuka walaupun pedas mana pun ia. Mungkin ada benar dan salahnya apa yang dikritik itu. Jangan berlagak bodoh sombong coz akhirnya, ia memakan diri sendiri.

No comments: