Kata Valentine, Ko Hadoo(Ada)?

Lalu jawabku kepada Valentine, ada ku kesah kalo takder pun(versi SETAN) / carikan aku satu....plizzzz(versi trip2 DEWA KEBAIKAN). Lepas tu dapat satu respon jer. Kena baling kasut Bonia diikuti dengan jawapan paling sinis dari Valentine, aku bagi ko kasut jer since ko kan GILA KASUT! Haha, maka saya pun menyambut kasut tersebut satu demi satu dengan tak henti-hentinya bersyukur. Now I love Valentine!!!!!

Intro jer tu....abaikan~

Valentine ker, hari kekasih ker, semalam kawan saya post di FB tentang betapa marahnya dia terhadap satu pernyataan seorang wanita berpengaruh yang telah jelas-jelas melanggar batas dan tatasusila apabila menuding maksiat itu amalan kepada peganut-penganut 'agama' tersebut terutamanya di hari Valentine ini. Seriusnya, saya juga amat terguris dan speechless macammana seorang yang kononnya berpangkat tinggi dan berpendidikan hebat itu sebenarnya hanya seekor manusia yang tidak mempunyai akal? *menyirap*

No offence kengkawan, tapi saya pun tidak pernah melihat di mana relevannya hari kekasih ni coz mungkin besar kerana saya TIDAK PERNAH menyambut Valentine atau memang saya patut berfikiran tersebut. Daripada ilmu yang saya ada, hari kekasih mula diwujudkan dan disambut di Eropah bagi memperingati kisah sejarah cinta yang hebat si 'anu' dan 'kekasih'nya. Ala2 sejarah Shah Jehan meng'hadiah'kan Taj Mahal kepada Mumtaz pun ada kan.

Sekarang da nak masuk 25 tahun tidak sekalipun saya pernah rasa Valentine itu walaupun sekali. Bercinta memang pernah tapi time masih hangat dan mekar cinta tu, hari-hari pun Valentine bagi saya. Tapi bila perasaan tu da hangit, rasa nak toreh2 jer duri bunga ros tu kat seluruh badan. Bunga ros yang plastik laaa....LOL!

Kepada yang memang TERNANTI-NANTI Valentine dan dah jadi perayaan wajib setiap tahun bagi dirinya, selamat meraih kekasih anda. Bagi yang nasibnya seperti penulis hangit ini, jomlah gi karaoke ker, main futsal ker, tak pun gi ronda-ronda tengok polis cekup2 pasangan bermaksiat ker(takder keja!hahaha) or kalo yang jenis2 psiko, buatla setup kat dlm bilik tu. Pasang lilin, lapik merah dan bercakapla kepada 'dia'....Erkkkk. Creepy doh!

Haha. Apa-apa pun, nak buat wish Valentine ni. Harap-harap dapat beli kasut kerja Bonia yang diidam-idamkan itu dalam masa terdekat ni.


No comments: