Lady Gaga 'DIPANGKAH' Lagi

Dalam beberapa hari ini, lebih baik takyah kluar pi mana-mana. Risau pula nanti ada konco2 Lady Gagal nak siat daging saya untuk kostum Lady Gaga yang akan datang pulak. Si ratu kontroversi sekali lagi mencuri perhatian dunia dalam acara gilang girang gemintang apa lagi kalau bukan GRAMMY AWARDS 2011. Ternyata ke'ratu'an Gaga makin bertaring apabila beliau hadir dengan rombongan cik kiahnya walaupun tak siapa pun nampak kelibatnya dek kerana tak keluar lagi dari telur gergasinya. Sapu habis ruangan karpet merah tau.

sumber imej dari justjared.buzznet.com

Meriah kan! Tapi sayangla, da extravaganza da gimik karpet merah, namun persembahan? PANGKAH! Sori kak Gaga, anda dipangkah lagi. Kan bagus dah alang2 bawa telur gergasi tuh, buatla gimik bagi lepas ayam ker dari dalam telur tu kan. 
*terimagin ayam2 dia pun pakai blink2*

Seperti kebiasaan, fesyen selebriti adalah yang paling dinanti-nanti. Dah google pun, macam2 konsep diketengahkan. Maklumlah semua nak curi perhatian lensa. Ada yang macam kedai bulu, kilang emas, kebun bunga, budak banquet, kilang aluminium, dan banyaklah. Tapi pilihan fesyen saya kali ini ialah konsep LESS IS GREAT dan dua selebriti ini telah memenuhi citarasa saya.

Adam Levine dari Maroon 5. Simple, ton kaler yang ringan, hot boot, semestinya tidak berlebihan. 

The super-stunning Eva Longoria. Hitam putih(ermm macam biasa), tapi kombinasi sangat sesuai, dress beralun yang edgy, plain black heel, memang si petite ni bijak menyembunyikan ketinggiannya.

(sumber kedua-dua imej dari justjared.buzznet.com)

Kejutan pun banyak gak tahun ini. Tak taula kalau korang da aware tapi Jeniffer Hudson dah kurus laaaa! Memang jauh dari badannya yang dulu. Salutla. Dengar-dengar dia masuk program penurunan berat badan. Gigih lah! Selain tu, Katy Perry pula diasak soalan dari media tentang kehadiran berasingan beliau dengan suami, Russell semasa karpet merah. Harap2 selamatla rumahtangga korang eh.

Hah, kepada yang mengimpikan nak makan malam ngan si Justin Bieber pulak, JB nampaknya dikejutkan dengan keputusan tak terduga bagi kategori BEST NEW ARTIST oleh seorang pendatang baru yang saya pun baru dengar namanya, Esperanza Spalding. Penyanyi jazz katanya....Sudah2lah ngan awards ko kat AMA aritu JB. Lebih baik ko pulihkan balik vokal ko yang da kureng tu. Sian kan, biasalah baru pecah suara. Hehehe.

Untuk senarai para pemenang, klik GRAMMY 2011 WINNERS.

Daripada saya post video kak Gaga kita, jom enjoy dan dengar si pemenang BEST NEW ARTIST ni.


4 comments:

Fanzi Ruji said...

aik, sda limpas ka pla grammy. mcm best o mo tgk. hehe.

Georgie J said...

macam starworld/star movie tayang niari tu.

Anonymous said...

selama ni aku kagum dgn fashion dia.
tapi bila datg dgn telur di grammy awards, rasa macam dia seorang yg desperate.

Unknown said...

JB pecah suara? Patutpun ramai 'kutuk2' sama dia, ehe.. Lepas ni dengar dulu kunu Esperanza tu camna..