Petang Yang Comel

Bangun-bangun jer dari sleeping beauty yang paling indah pernah saya alami sebentar tadi, terus tekak naik demand pula nak old town kopitiam style punya white coffee. Lalu menampar manja tapi maskulin pipiku yang kini subur dengan sang jerawats! pfft! Tekanan betul bila bab2 jerawat ni. Ni yang tak sabar nak cocok vitamin C ni!!!!.......................................tettt di situ!

Maka saya pun memulakan tinjauan dengan mata yang berniat gatal, berpura-pura bertenggek di jendela melihat keindahan matahari terbenam. Sambil-sambil mencari 'pemandangan indah' di situ, namun hampa. Demi memujuk permintaan yang merajuk, berbaliklah ke tujuan asal masuk ke dapur iaitu ingin membancuh minum petang. Argggh! Kalau di rumah, pasti suda ada kuih-muih, bubur kacang, goreng pisang, ubi kayu rebus ker, yang mum da sediakan. Malangnya, terpaksa redha di rumah bujang, back to the basic la. Cecah jer roti mayat brand cream cracker tu kat dalam hot chocolate.

Baru nak ngap, tetibe pula tertangkap satu scene yang amatlah comel time petang2 macam ni. Si dewasa bersama si cilik(dua2 kaum Adam) sedang beramah-mesra di lot parking yang kosong. Tengah joging agaknya fikir saya. Memang betulla. Si cilik itu amatlah comel occay. Baru dalam lingkungan 4/5 tahun kot. So, si dewasa itu saya kira abang ataupun bapanya mungkin? Apa yang comelnya? Si dewasa dan si cilik main lumba lari pulaaaa. Obviouslah si dewasa tu cuma pretend berlari dan bagi si cilik tu menang kan. Tapi scene ini amatla comel kerana saya dapat merasakan satu ikatan yang indah di situ, kebahagiaan, kasih sayang, dan sebuah masa depan yang magik.

2 comments:

Fie Omar said...

me like this story! :)

sweet ni..

Georgie J said...

yup.kalola dapat rakam momen2 itu, lagi rasa feel tu k.hiks~