Stail dan Muzik = Mereka

Seperti saya, mereka ini punya impian untuk menakluk pentas antarabangsa suatu hari nanti. Empat pemuda digabungkan atas tiket bakat sedia ada yang mengalir dalam tubuh mereka. Da Prinz bukanlah nama yang asing di persada muzik negeri Sabah, namun, bersediakah Kuala Lumpur atau Malaysia untuk mengalu-alukan kehadiran mereka dalam industri hiburan negara?

To be honest, saya kenal grup dorang ni pada tahun 2009. Waktu tu, saya dalam kreta sepupu dan sa terjumpa cd ini :

sumber imej dari starznews.blogspot.com

So, saya pun bertanya kepada sepupu, sejak bila pula cover album artis Sabah ni sudah maju? Haha. Bunyi kejam di situ tapi serius saya katakan, memang cover album ni ada kelas yang tersendiri. Maka, terpikat!

Alkisahnya, saya yang suka menyanyi ni pun mencuba nasib dalam pertandingan nyanyian tempatan. Agak prestij juga pertandingan ni coz dapat liputan dalam semua akhbar di Sabah. Di sinilah saya mula berkenalan dengan barisan pemuda yang menganggotai Da Prinz ini. Klik dan kenali mereka, AG Iskandar, Hafisz, Melvin, dan Allen.

Kemunculan di pentas bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka di Sabah. Mereka malah sering berkongsi pentas dengan artis-artis popular seperti Sabhi Saddi, Luscious, Alvin Mahathir Yunus, dan ramai lagi. Sekarang mereka dalam proses mengembangkan sayap ke persada negara pula di bawah naungan syarikat Cat Farish iaitu Cat Presents Production Sdn. Bhd. Pada 12 Februari ini mereka bakal muncul dalam satu persembahan pentas anjuran ASTRO. Bakal menampilkan single terbaru mereka iaitu "Buku Baru" (duet bersama Gzell MyStarz LG), pasti ramai gadis-gadis di luar sana yang cair hati tengok dorang peform. Hehe.

Satu perkara, pesona mereka tambah terserlah dengan kemampuan mereka bergaya mengikut arus fesyen terkini. Sangat Koreala the least saya boleh katakan. Tengokla sendiri stail mereka ni ;





Mereka juga telah tercalon dalam Juara Lagu Kadazan Dusun yang akan diadakan sekitar bulan Februari di Sabah dengan lagu mereka "Aada Hivai Dandi Toh".

Untuk video, silalah klik DA PRINZ ON ACTION.

Jadi, kepada bro-bro Da Prinz ku sekalian, teruskan dengan usaha dan stail korang. Selamat maju jaya dan selamat berkarya. Sukses...sukses....

3 comments:

faz_e said...

wah wah wah~
:)

Georgie J said...

hehe.apsal?jatuh hati kat budak-budak ni ker? ;p

Jake Timothy said...

tahniah kpd Da'Prinz krn brjaya mrangkul anugerah dlm prtandingn akhir juara LPK 2009/2010 pd 12.03.2011 lalu.